Saya boleh fikirkan pelbagai cara untuk “mencuri” masa dengan anak, walaupun kita bekerja:
- Bangun pagi dan sediakan anak sebelum pergi bekerja – sarapan (lebih bagus jika boleh makan bersama-sama), menyiapkan anak untuk ke sekolah/taska, menghantar anak sendiri ke sekolah/taska. Sudah pasti kita boleh gunakan masa ini untuk beramah-mesra dengan anak-anak, berborak dan bertanyakan perihal mereka.
- Balik kerja awal – Ambil anak dari taska/sekolah seawal mungkin supaya mereka tidaklah duduk di sana sepanjang hari. Bila sudah pulang dari kerja, kita bolehlah pula menggunakan masa itu untuk keluarga pula! (Alangkah bagusnya kalau ada bos yang memahami tanggungjawap ibu bapa dan membenarkan hal ini!)
- Makan malam bersama – Kalau tak sempat masak makanan, beli pun takpe lah… Asalkan satu keluarga boleh bersama semasa makan, itu sudah menjadi suatu yang berbaloi! Masa ini boleh digunakan untuk beramah mesra juga dan bertanyakan hal anak pada hari tersebut. Buat apa di sekolah? Apa saat yang paling anda suka hari ini? Apa perkara bau yang dipelajari hari ini? Dan lain-lain lagi… Eratkan hubungan dengan anak kita supaya merek selesa berbincang dan bercerita dengan kita mengenai hidup mereka
- Luangkan masa melakukan aktiviti yang digemari anak – Membaca buku, menonton rancangan di tv, membantu dengan kerja rumah, bermain puzzle atau game, semua ini boleh dilakukan bersama-sama dengan anak kita. Yang penting, kita faham kehendak anak dan buat apa yang boleh menggembirakan mereka.
No comments:
Post a Comment