"Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan."

Sunday, 14 October 2012

Tatabahasa


.   Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata,dan penggolongan kata. Bentuk kata pula ialah sesuatu unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau dihasilkan melalui beberapa proses pembentukan kata seperti pengimbuhan dan penggandaan. Contoh: bentuk kata tunggal - lancar, pengimbuhan - pelancaran,  pemajmukan - papan tanda, penggandaan - buku-buku. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan dalam sesuatu bahasa berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi perkataan lain dalam golongan yang sama. Perkataan dapat digolongkan kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata.
Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Maksud istilah morfem dan kata sangat berkait rapat kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
2.1:   Morfem
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.

Morfem Bebas

Morfem terikat/imbuhan

Dapat berdiri sendiri, misalnya:
  minum, cuti, sekolah, periksa

Bentuk imbuhan, misalnya:
  mem, per, kan, ber

Mempunyai maksud sendiri.
Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat.

No comments:

Post a Comment