"Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan."

Sunday 11 November 2012

BAHAN UNTUK BERSUCI


1)  REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO TEACHING

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan rahmatnya dapatlah saya menyempurnakan tugas ini dengan baik. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih terhadap pensyarah saya Encik Ibrahim Thamby Chik dan Tutor saya Encik Abdul Aziz Abdullah kerana banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang tak pernah mengenal erti jemu semasa proses membuat tugasan ini berjalan. Tajuk pengajaran microteaching  pada kali ini adalah “Alat Yang Digunakan Untuk Bersuci”.  Tajuk yang penting bagi solat kerana jika pelajar tidak faham ,sembahyang mereka tidak sah kerana tidak bersuci daripada  najis.

2.  KEKUATAN
Setelah diteliti dalam pengajaran mikroteaching set induksi selama 5 minit pada kali ini. Guru yang mengajar memulakan set induksi dengan menggunakan  menggunakan bahan semula jadi atau bahan maujud  iaitu daun dan bahan yang bukan maujud iaitu gambar. Guru menunjukkan bahan tersebut dan bersoal jawab dengan murid. Ternyata dengan penggunaan bahan yang disebutkan tadi amat berkesan untuk menarik minat murid terhadap objektif pengajaran dan pembelajaran pada kali ini.
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan set induksi dalam tugasan micro teaching kali ini ialah saya telah melaksanakan set induksi yang menarik perhatian dan merangsang minat murid. Di samping itu juga, set induksi yang saya rancangkan menjurus ke arah kesediaan minda murid seperti dikaitkan dengan pelajaran lepas, isu semasa dan persekitaran. Saya juga menghubungkaitkan pengajaran saya dengan kehidupan harian murid.
            Suara yang terang dan jelas  dalam menerangkan maksud bersuci dan najis telah berjaya menarik minat murid terhadap pembelajaran. Gambar jenis-jenis air dan sebagainya yang digunakan jelas telah berjaya merangsang minda pelajar untuk berfikir tentang isi pelajaran. Contoh-contoh air dan daun yang sebenar yang jelas dan menarik telah berjaya memikat hati pelajar tentang kewujudan kepentingan bersuci  dari najis di sekitar mereka.

No comments:

Post a Comment