"Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan."

Monday 26 November 2012

PENILAIAN MIKRO TEACHING


1)  PENILAIN PENGAJARAN MIKRO TEACHING

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan rahmatnya dapatlah saya menyempurnakan tugas ini dengan baik. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya Encik Ibrahim Thamby Chik dan Tutor saya Encik Abdul Aziz Abdullah kerana banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan jitu dan  yang tak pernah mengenal erti jemu semasa proses membuat tugasan ini berjalan. Tajuk pengajaran microteaching  pada kali ini adalah “Bahan-bahan yang digunakan untuk bersuci”.  Tajuk yang penting bagi solat kerana jika pelajar tidak faham ,sembahyang mereka tidak akan sah kerana tidak suci daripada najis.

2.  KEKUATAN
Setelah diteliti dalam pengajaran mikroteaching set induksi selama 5 minit pada kali ini. Guru yang mengajar memulakan set induksi dengan menggunakan  menggunakan bahan semula jadi atau bahan maujud  iaitu daun dan bahan yang bukan maujud iaitu gambar. Guru menunjukkan bahan tersebut dan bersoal jawab dengan murid. Ternyata dengan penggunaan bahan yang disebutkan tadi amat berkesan untuk menarik minat murid terhadap objektif pengajaran dan pembelajaran pada kali ini.
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan set induksi dalam tugasan micro teaching kali ini ialah guru telah melaksanakan set induksi yang menarik perhatian dan merangsang minat murid. Di samping itu juga, set induksi yang guru tersebut rancangkan menjurus ke arah kesediaan minda murid seperti dikaitkan dengan pelajaran lepas, isu semasa dan persekitaran. Guru tersebut juga menghubungkaitkan pengajarannya dengan kehidupan harian murid.
            Suara yang terang dan jelas  dalam menerangkan maksud bersuci dan najis telah berjaya menarik minat murid terhadap pembelajaran. Gambar, bahan maujud seperti daun dan sebagainya yang digunakan jelas telah berjaya merangsang minda pelajar untuk berfikir tentang isi pelajaran. Contoh-contoh air dan daun yang sebenar yang jelas dan menarik telah berjaya memikat hati pelajar tentang kewujudan kepentingan bersuci  dari najis di sekitar mereka.
             Setelah pelajar faham tentang objektif pelajaran, maka tiba masa untuk menguji mereka dengan  memberikan mereka aktiviti latihan yang ringkas bagi menguji tahap penguasaan mereka terhadap pelajaran. Aktiviti tersebut adalah permainan puzzle yang dicantumkan oleh murid. Ketua kumpulan menulis di papan putih untuk menunjukkan hasil yang mereka perolehi dari aktiviti itu. Hasil ujian yang diberi, kebanyakkan pelajar berjaya menjawab semua soalan. Manakala dalam aktiviti penutup pula, guru tersebut telah berjaya mengukuhkan penguasaan mereka dengan bersoal jawab dengan murid berkaitan tajuk yang diajar pada masa itu.
Selain itu, nada suara guru yang sesuai dan lantang  juga memudahkan murid-murid di dalam kelas dapat mendengar dengan jelas seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang sampaikan. Hal ini akan memberi kesan yang baik kepada tumpuan dan fokus murid terhadap Pengajaran dan Pembelajaran pada masa itu. Di samping itu juga, murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.
            Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian set induksi. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian berkenaan isi pelajaran.
           
3:   KELEMAHAN
Di dalam sesi pengajaran dan pelajaran, sebagai manusia biasa di setiap sudut apapun yang berlaku pasti ada juga kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti. Antara kelemahan yang dikenalpasti  dalam pelaksanaan set induksi dalam tugasan micropengajaran guru pada kali ini adalah seperti berikut:
 3.1.  Teknik Penyoalan.
Dalam sesi pengajaran mikro yang telah di buat kelemahan yang ketara ialah dalam teknik penyoalan untuk meneka gambar yang ditunjukkan oleh guru. Murid-murid pada mulanya nampaknya belum begitu yakin atau masih teragak-agak untuk meneka sehinggalah guru terpaksa memanggil atau menunjuk salah seorang murid untuk meneka. Selepas itu barulah murid-murid lain berani meneka. Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid melakukan proses pembelajaran. Aktiviti pembelajaran seperti  set  induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara, variasi rangsangan, peneguhan,  penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap (‘gesture’) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru.
3.2 . Ketepatan mengikut masa yang ditetapkan.
Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan penganalisisan rakaman  mikro pengajaran pada kali ini, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan set induksi tidak seiring. Biasanya pada setiap perlaksanaan set induksi, masa yang guru rancangkan adalah 5 minit tetapi melihat balik rakaman yang dibuat, set induksi guru berkenaan hanyalah mengambil  masa 4 minit 20 saat sahaja. Ini memungkinkan ruang masa yang digunakan adalah terlalu pendek dan penyampaian dalam masa yang pendek menyebabkan murid tidak faham tentang isi pelajaran yang hendak disampaikan pada hari itu.
3.3.  Kelemahan Disiplin Pelajar 
            Kelemahan dan kekurangan yang  seterusnya ialah disiplin pelajar yang tidak memuaskan semasa persembahan awal menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya semasa bacaan doa murid bertindak acuh tak acuh sahaja dan ada murid yang tidak  mengangkat tangan semasa bacaan doa. Murid berkenaan seolah-olah hanya bermain dengan tangan tanpa menghormati sesi bacaan doa yang pada lazimnya sentiasa dilakukan di setiap sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku untuk memohon restu dari Allah SWT agar diberikan kefahaman terhadap ilmu yang diterima. Seterusnya, setelah selesai bacaan doa, sesi ucapan terima kasih kepada guru dilakukan oleh murid. Namun dalam melaksanakan sesi itu, ada sebilangan kecil murid yang sudah duduk dan berdiri kembali sebelum selesai ucapan terima kasih dan sebelum guru mengarahkan supaya murid duduk. Situasi ini seolah-olah menampakkan bahawa murid tidak menghormati guru yang berada di hadapan mereka. Perlu diingat murid haruslah menghormati dan menghargai guru sebagai satu nilai murni yang diterapkan di sekolah setiap masa.
            Satu lagi kelemahan disiplin pelajar yang dikenal pasti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada kali ini ialah diketika melakukan aktiviti puzzle. Contohnya murid sebahagiannya tidak terlibat dalam membuat aktiviti tersebut malahan ada ahli kumpulan yang berjalan mundar mandir, duduk bercerita dan buat aktiviti sendiri. Guru tidak bertindak sebagai fasilitator dalam memastikan semua murid terlibat dalam membuat latihan atau aktiviti pada masa itu.
3.4: Penyampain Isi Pelajaran/Bahasa Yang Tersekat-sekat/Penerangan dan penggunaan Bahasa yang tidak jelas.
            Kelemahan yang seterusnya di saat guru menyampaikan set induksi ialah cara penyampaian iaitu penggunaan bahasa contohnya guru menyebut perkataan hu dan murid menyambung perkataan itu dengan jan “hujan”. Dalam mencungkil dan menjana idea murid penyampaian dengan menggunakan bahasa haruslah jelas agar murid dapat memahami bahasa guru dan memahami dengan jelas dan tepat apa yang hendak disampaikan oleh guru. Dengan bahasa yang tersekat-sekat akan menyebabkan murid keliru menjawab, bosan,  dan akan terjadi suasana murid hanya jadi pendengar setia tanpa ada respon positif. Perkara ini mungkin terjadi pada pelajar yang mempunyai kemahiran aras rendah atau lebih signifikan dengan pelajar-pelajar yang berada dalam aras  pemulihan.

4.4:  Bahan Bantu Mengajar yang bersaiz kecil dan tidak menarik perhatian.
            Kelemahan seterusnya ialah saiz bahan yang digunakan oleh guru adalah terlalu kecil. Contohnya gambar semasa set induksi iaitu gambar jenis-jenis air yang tidak sesuai kerana saiz yang kecil memungkinkan pelajar tidak nampak dan ia  tidak menarik minat murid terutamanya bila murid itu posisi berada di belakang. Ini akan menimbulkan kebosanan yang teruk terhadaop murid. Contoh kedua ialah penggunaan aktiviti puzzle setiap kumpulan, di mana aktiviti ini kurang menarik perhatian murid kerana ada murid yang duduk bersendirian tanpa menghiraukan murid lain membuat aktiviti itu. Dalam konteks ini, murid merasa bosan dengan aktiviti yang dibuat kerana ianya tidak menarik minat mereka. Maka dalam keadaan ini timbullah disiplin kurang kawalan kelas kerana murid dengan sendirinya akan membuat aktiviti lain contohnya berjalan mundar-mandir, bermain sendiri dan sebagainya.

5. CARA MENGATASI
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan lagi supaya dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru pada masa yang akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan mikro pengajaran kali ini, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa dan bahasa semasa menyampaikan pelajaran di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketepatan masa perlu diikut bagi melancarkan proses Pengajaran dan Pembelajaran. Sebagai contoh bila set induksi dirancang dalam masa 5 minit maka guru hendaklah menggunakan masa itu untuk mengaitkan isi pelajarannya bertepatan dengan masa yang telah dirancang agar murid tidak merasa bosan. Sebagai orang Utara dan bercakap bahasa loghat Utara setiap hari, sudah tentu untuk mengubah cara bercakap bukan perkara yang senang. Guru akan cuba sedaya upaya untuk berlatih bercakap bahasa Malaysia terutama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Mengenai latihan atau akviti puzzle yang cepat di jawab oleh murid, guru menyangka mereka susah untuk menjawab tetapi mereka dapat menjawab dengan mudah, dan ini seolah-olah  tidak  mencabar minda mereka untuk berfikir.
            Di samping itu juga, proses pengajaran yang  menggunakan kaedah lama tidak  menyeronokkan dan dicadangkan guru berkenaan menggunakan ICT seperti powerpoint, slide dan sebagainya bagi menarik minat murid agar mereka cenderung pada pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Adalah diharapkan semangat fasilitator (guru) serta rakan sebaya yang sentiasa sedia membantu jika guru menghadapi masalah memberi keyakinan kepada guru dalam proses pembelajaran yang lalui.  Guru perlu  sentiasa berusaha untuk mencuba mengakses maklumat  daripada internet atau sumber yang lain agar pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan menarik perhatian.
            Dicadangkan juga bahan yang digunakan oleh guru berkenaan saiz puzzle dan gambar diperbesarkan. Saiz bahan yang sesuai akan menyeronokkan murid untuk belajar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Kesimpulan dari penilaian di atas secara keseluruhan pengajaran mikro dalam rakaman agak berjaya untuk menarik minat murid sebelum ke satu langkah pengajaran yang seterusnya. Penglibatan murid yang aktif menyebabkan pengajaran itu lebih bermakna dan memberansangkan proses pengajaran. Langkah mencungkil idea ini adalah salah satu langkah yang sangat penting sebelum pembelajaran di mulakan bagi mencungkil pengetahuan sedia ada dan minat murid

















No comments:

Post a Comment