"Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan."

Monday 26 November 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN DUA


Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Tarikh                          : 07  November, 2012
Masa                           : 9.00 – 10.00 pagi
Mata Pelajaran            : Bahasa Melayu
Tahun                          : Tahun 2 Arif (Dua)
Bilangan Murid            : 15 orang      
Tajuk                           : Kebersihan Diri
Tema                           : Kebersihan

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
Standard Kandungan: 4.4: Melapazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul
          menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
Standard Pembelajaran: 4.4.1: Melapazkan pantun 2 kerat dengan intonasi yang betul
                 secara didik hibur.

Objektif Pelajaran:
Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat:
      1.    Murid dapat melapazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul.
      2.    Murid dapat membaca baris-baris pantun dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi
           yang betul.
      3.  Murid dapat menulis dan menyesuaikan pantun dua kerat  berdasarkan gambar yang diberi
     
Sistem Bahasa: 
            i)              Morfologi – Kata Nama Am
           


Pengisian Kurikulum
a. Ilmu  : Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik
b. Nilai  : Syukur, bersih
c. Kemahiran Bernilai Tambah:
             i) Kecerdasan Pelbagai: Verbal Linguistik

ii) Kemahiran Belajar Cara Belajar: membaca dengan kritis, bacaan, mencatat nota,  
                                                        membuat rujukan

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat/memegang/mengguna potong kuku, sabun dan
                                          colgate.
Bahan Bantu Mengajar   : lembaran kerja


Langkah Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Langkah
/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan

Set Induksi
(5 minit)

1. Guru memperdengarkan Pantun 2 Kerat “Kebersihan Diri” kepada murid-murid.
2.Guru Bersoaljawab.
3. Soalan:
a) Apakah pantun yang diperdengarkan tadi?
b) Melalui pantun 2 kerat yang diperdengarkan ini, apa yang kamu faham mengenainya?

c) Guru mengaitkan tajuk dengan pelajaran hari ini.

1. Murid-murid mendengar pantun 2 Kerat yang dibaca oleh guru
2. Murid-murid menyatakan tentang maksud pantun 2 kerat.
3. Murid-murid diminta menyatakan faedah menjaga kebersihan diri.

BBM: Lembaran Pantun

KBT:
  • Kecerdasan pelbagai iaitu
  • Verbal Linguistik
  • Interpersonal
  • Intraperson
Nilai:
·         Hormat
·         Yakin
·         Sihat
Langkah 1
(10 minit)










1. Petikan Pantun 2 kerat
2. Bertanya pada murid  mengenai kefahaman mereka mengenai teks yang diberikan


3. Guru menerangkan dengan lebih lanjut lagi berkaitan isi teks tersebut
Soalan:
1) Apakah yang kamu faham tentang isi cerita / isi penting pantun 2 kerat yang disampaikan itu?
4. Guru juga menerangkan tentang maksud isi pantun 2 kerat.
.

1. Murid-murid disediakan dengan sebuah teks pantun 2 kerat  kefahaman yang berkaitan dengan tajuk.


2. Murid-murid di kehendaki membaca petikan teks  tersebut dan menjawab soalan dengan  ayat yang lengkap secara spontan.
3.Murid-murid menyatakan cara-cara menjaga kebersihan.
Bahan bantu mengajar:
  • Teks petikan pemahaman tentang Pantun 2 kerat. (Teks edaran)


 Kemahiran Bernilai Tambah:
  • Kecerdasan pelbagai iaitu interpersonal & intrapersonal.
  • Kinestetik


Nilai:
  • Yakin
  • Sihat

Langkah 2
Pantun 2 kerat
 (20 minit)





Lembaran Kerja.

1. Mencatat pantun yang mengandungi maklumat kesihatan

3. Guru bimbing murid membuat latihan

2. Guru menyemak
jawapan murid dengan berbincang bersama-sama.


1) Murid-murid menjawab empat soalan berpandukan jawapan yang diberi.
2) Murid-murid memberi jawapan dan berkongsi jawapan  mereka dengan rakan-rakan  yang lain.
3) Lembaran kerja yang diberikan adalah berdasarkan petikan teks pantun 2 kerat yang diedarkan.

BBM:
  • Teks petikan pantun 2 kerat  (Teks edaran)


 KBT:
  • Kecerdasan pelbagai iaitu interpersonal & intrapersonal.
  • Mencatat maklumat.

Nilai:
  • Yakin
  • Bersikap rasional dalam menghadapi apa jua situasi.

Langkah 3
Lembaran Kerja pantun 2 kerat.
(20 minit)

Suaikan ayat
1. Guru mengarahkan murid menulis ayat berdasarkan pantun 2 kerat yang disediakan dalam lembaran kerja.
·         Gambar disesuikan dengan ayat



Contohnya:
i) Beli sotong masak kari
   kuku dipotong kuman lari
ii) Ikan keli di atas rakit
Gosok gigi supaya tidak 
sakit
2. Guru bimbing murid
3. Guru tanda lembaran/latihan murid

-Murid membina tiga ayat tentang kata ganda yang diberikan
-Guru bersama murid menyemak jawapan yang dibuat

Bahan bantu mengajar:
  • Teks petikan pemahaman tentang Jalur Gemilang. (Teks edaran)



Kemahiran Bernilai Tambah:
  • Kecerdasan pelbagai iaitu interpersonal & intrapersonal.
  • Pembelajaran konstruktivisme.

Nilai:
  • Mewujudkan rasa hormat kepada Jalur Gemilang.
  • Berusaha dalam melaksanakan tugasan.
  • Bekerjasama dengan rakan-rakan dalam mencari jawapan.

Langkah 4
(5 minit)

Penutup (kognitif)
Rumusan
Penilaian

-Guru merumuskan secara keseluruhan isi pelajaran yang di sampaikan pada hari ini
-Guru bertanya kembali kepada murid untuk menguji kefahaman murid-murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan pada hari ini terutama nilai-nilai yang boleh diterapkan dalam diri.
-Murid membaca pantun 2 kerat ”Kebersihan Diri”

BBM
  • Lembaran Pantun

 KBT
  • Kecerdasan pelbagai iaitu interpersonal & intrapersonal.

Nilai:
  • Yakin
  • Berusaha


No comments:

Post a Comment