"Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan."

Monday 26 November 2012

PENGHARGAAN KAJIAN TINDAKAN


01.  PENGHARGAAN.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana di atas limpah dan kurniaNya dapatlah saya meneruskan kerja kursus ini lantas menjayakannya. Setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada Pensyarah saya Encik Ibrahim Thamby Chik dan Tutor saya Encik Abdul Aziz B. Abdullah di atas bantuan dan didikan yang tidak mereka kerana tidak  pernah mengenal erti jemu dalam mencurahkan ilmu disepanjang proses penghasilan kajian tindakan ini.Terima kasih juga buat rakan-rakan sekuliah yang turut sama membantu dalam memberi pendapat dan idea yang bernas. Tidak lupa juga khususnya buat suami tersayang Encik Mohammad Taufik B. Kulman dan anak-anak yang sangat dikasihi dan dicintai yang turut sama berkorban merelakan dan mendoakan saya disepanjang menuntut ilmu ini. Galakkan dan dorongan kalian telah membakar semangatku untuk meneruskan pengajian ini. Lantaran itu doa kalian sentiasa saya harapkan agar saya dapat mengenggam segulung ijazah demi masa depan kita dan kerjaya saya.
            Segala kekurangan  yang ada dalam kajian tindakan ini, saya anggap ini adalah kelemahan saya sebagai manusia biasa yang perlukan teguran dan didikan, dan begitu juga jika ada kelebihannya maka itu datangnya dari nikmat Allah yang DIA kurniakan untuk saya sebagai hambaNya yang akur pada ketentuanNya. Semoga dengan ilmu ini saya dapat curahkan sepenuhnya pada anak-anak bangsa yang tercinta. Amin...
Sekian, Terima kasih.
Yang Benar.
Roziah Abdul latip
D0555558/690918125546.

No comments:

Post a Comment